Thursday, December 18, 2008

Endless Love

my love
there's only you in my life
the only thing that's right

my first love
you're every breath that i make
you're every step i make

i want to share
all my love with you
no one else will do
and your eyes

they tell me how much you care
you will always be
my endless love

two hearts
two hearts that beat as one
our lives have just begun
and forever
i'll hold you close in my arms
i can't resist your charms

and i
i'd be a fool
for you, i'm sure
you know i don't mind
'cause baby you
you mean the world to me
i know i've found in you
my endless love

and i
i'd play the fool
for you
you know i don't mind
you'd be the only one
'cause no-one can't deny
this love i have inside
and i'll give it all to you
my love
my endless love

Tuesday, December 16, 2008

lembu..oh..lembu..

hari raya qurban!!

kesian kat lembu ni..meen tgk mcm sedih je lembu ni bila nak di korbankan..mengeletar badan die.cuba tgk matanya..sayukan?? meen niat kat dalam hati " tunggu meen kat pintu syurga!! " lembu ni mcm memahami aper yang meen cakap..ada org ckp kalo kita kata lembu tu kesian dah jadi mcm haram utk latah dagingnya. tapi mmg meen tak mkn daging pun.Inila pengorbanan seekor lembu demi menunaikan kewajipan kepada ALLAH S.W.T.

Monday, December 8, 2008

carpen pertamaku..

Bicara rindu

Indah jika dunia ini hanya ada insan yang saling berkasih sayang dan saling hormat menghormati diantara satu sama. Lebih indah lagi jika hari-hari yang mendatang hanya disulami pelangi yang cantik dan berwarna warni. Tapi apakan daya, itu hanyalah anganan yang mampu ku pendam disanubariku.

Mungkin kejadian 5 tahun lepas menjadikan aku seorang insan yang tabah dan berjaya menempuh harian ku bersama insan istimewa yang amat aku sayangi.

Shima dan aman dipertemukan di sebuah majlis hari lahir seorang rakan mereka. Bermula dari pertemuan itulah yang melahirkan bibit-bibit percintaan diantara mereka. Tambahan pula, pertemuan mereka juga telah dirancang oleh rakan karib mereka sendiri. Menyedari mereka telah dipermainkan oleh rakan karib sendiri, mereka tidak memarahi sebaliknya berterima kasih kepada mereka. Dari situla bermulanya episode kisah cinta romeo dan Juliet.

Kebetulan, shima dan aman adalah pelajar universiti yang sama. Aman mengambil jurusan kejuruteraan awam manakala shima mengambil jurusan akauntansi dan ini memudahkan mereka untuk berjumpa dan mengulangi pelajaran bersama.

Shima dilahirkan dari keluarga yang agak berada. Papanya adalah seorang usahawan yang berjaya dan di segani oleh seluruh warga kenamaan. Manakala aman dilahirkan dari keluarga yang sangat miskin. Ayahnya adalah seorang petani manakala ibunya hanyalah seorang suri rumah. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Menyedari taraf hidup mereka yang berbeza, shima tidak pernah merunggut. Malah shimalah yang banyak membantu aman apabila aman kesempitan wang. Pernah suatu ketika aman bertanya kepada shima “ adakah awak menyesal berkawan dengan saya?. Saya anak orang miskin. Tak berharta dan tak sempurna macam keluarga awak”.

Shima kelihatan tidak senang dengan soalan itu lalu memuncungkan bibirnya. “awak janganlah merajuk, saya hanya mahu melihat reaksi awak. Comellah bila tengok muncung awak yang sedepa. Dah macam muncung buaya. Mari saya ikat muncung awak itu” kata aman kepada shima.

Shima ketawa sambil mencubit aman. Aman mengerang kesakitan. Dihati shima teringang “iskh mamat ni, aku merajuk dia boleh pulak buat lawak. Dah tahu aku ni sayangkan dia, boleh plak tanya yang bukan-bukan. Karang aku lari betul-betul baru padan muka”

Setiap hari mereka akan berjumpa dan akan mengulangkaji pelajaran bersama. Segala tomahan dan sindiran dari rakan-rakan yang tidak menyenangi keakraban mereka tidak dihiraukan. Mereka bahagia bersama. Kemana perginya shima, disitu adanya aman. Di mana larinya aman, disitu kelihatan shima. Mereka umpama merpati yang tak dapat nak di pisahkan.

Perkenalan mereka berakhir dengan sebuah ikatan. Pada mulanya papa shima tidak merestui hubungan mereka kerana menyangkakan aman tidak mampu untuk menyara shima suatu hari kelak. Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh papa shima untuk menghalang niat suci mereka. Akhirnya papa shima terpaksa akur dengan rayuan dan pujukan shima. Aman berjanji akan menjaga shima sebaik mungkin seperti dirinya. Aman berjanji tidak akan mempersiakan hidup shima.

Pada malam pertama mereka aman menanyakan soalan yang sama seperti 2 tahun lepas. “sayang, adakah sayang menyesal berkahwin dengan abang? Abang tak kaya macam keluarga tapi abang hanya kaya dengan ilmu sahaja. Abang harap sayang akan terima abang seadanya”.

Sekali lagi shima terasa bersalah dengan kata-kata aman. “abang, walau apa pun yang berlaku, sayang tetap menyayangi abang sepenuh hati. Walau badai melanda, kita tempuh bersama. Abang berjanjilah pada sayang, jangan tinggalkan sayang. Hargailah kehadiran sayang disisi abang”.

Aman tersenyum apabila mendengar pengakuan ikhlas shima. Mereka hidup bahagia. Aman tidak memanjakan shima dengan kemewahan walaupun aman sedar bahawa shima sememangnya dilahirkan dari keluarga yang berada. Berbekal kejayaan mereka semasa belajar dahulu, aman bekerja sebagai arkitek. Manakala shima bekerja sebagai akauntan di syarikat milik keluarganya.

Kehidupan mereka bahagia seperti pasangan lain. Mereka banyak meluangkan masa bersama. Berbekal gaji pertama aman yang bekerja sebagai arkitek, aman mampu memiliki kancil sebagai kenderaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

“sayang, abang mampu beli kancil untuk kita. Abang tak mampu nak beli kereta yang mahal-mahal. Abang tahu sayang tak biasa naik kancil tapi abang harap sayang sudi naik” kata aman.

“abang, andai kita kena naik pengangkutan awam sekali pun shima tak kisah. Sayang tahu abang tabah dan cuba bekerja keras untuk kebahagiaan sayang. Sayang hargai pengorbanan abang”. Kata shima sambil melirikan senyuman kepada aman.

Aman berasa amat bahagia memiliki isteri yang memahami. Aman tidak akan mempersiakan shima. Selagi aman berkemampuan, aman akan cuba untuk membahagiakan shima.

“maafkan saya, saya tak dapat nak bantu awak. Saya harap awak redha dengan apa yang telah tersurat. Banyakkan bersabar dan berdoa kepada yang maha kuasa agar diberikan kesempatan kepada awak”. Kata doktor kepada aman.

Hampir terjelepuk ke kerusi apabila aman mendengar pengakuan doktor kepadanya.

“ tak kan tak ada cara lain untuk menyembuhkan penyakit saya. Tolonglah doktor. Saya merayu kepada awak. Tolong carikan jalan lain untuk saya”. Kata aman

“maaf sekali lagi. Saya harap awak bersabar dan tabah menghadapinya. Perlukah saya memberitahu kepada keluarga awak?”. Kata doktor.

“jangan..jangan..jangan..jangan beritahu keluarga saya, saya tak mahu mereka berasa gusar. Biar saya tanggung sendiri. Saya tak mahu melihat kesedihan mereka”. Kata aman

Aman pulang ke rumah dengan perasaan yang gundah gulana. Rasa bersalah dan sedih masih bersarang di fikirannya. Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Bagaimanakah aku mahu menghadapi hari-hari yang mendatang?. Bagaimanakah persepsi shima apabila mendengar penjelasanku?. Bagaimanakah kehidupan shima bila ketiadaanku kelak. Semuanya menggangu benak ku. Puas aman memikirkan jawapannya.

Kesihatan ku semakin hari semakin teruk. Aku berasa mula mual dan sakit. Selera makan ku terganggu. Sering kali aku pengsan. Berat badanku mula susut. Kesakitan ku mula ketara dan menimbulkan tanda tanya pada shima.

“abang, kenapa sayang tengok abang sejak akhir-akhir ni macam ada masalah. Berat badan abang pun dah nampak susut. Muka abang pucat. Ada apa-apa yang abang sorokkan dari sayang?”

“tak dalah sayang. Abang sihat je. Mungkin sebab banyak keje kat pejabat. Tambahan lagi abang sekarang dah pikul tanggungjawab besar. Tak lama lagi kita akan ada zuriat yang kita impikan selama ini. Jadi abang kenalah bekerja keras dari sekarang untuk kesenangan sayang dan anak kita nanti”.

“abang, sayang tak perlukan semua itu. Yang penting sayang mahukan abang sihat.”

“sayang jangan risau. nanti bila dah makan ubat, abang ok la. Jangan risau sayang”

Shima masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh aman. Shima masih cuba untuk memujuk aman supaya beritahu masalah sebenar. Akan tetapi, shima hampa dengan jawapan yang diterima. Shima memujuk hatinya yang lara dengan berkata “mungkin sekarang musim orang sakit kot?”.

“abang, baby kita ni asyik tendang-tendang je. Mungkin suatu hari nanti dia nak jadi pemain bola sepak kot”

“ala sabarlah sayang, mungkin baby kita ni terlampau aktif. Tak sabar abang nak tengok wajah baby kiter ni. Mesti hensem macam abang kot?’.

“aik mana aci hensem macam papa dia. Mesti die comel macam mama dia”.

Mereka ketawa riang sambil bersenda gurau. Tiba-tiba aman berkata

“mungkin abang tak sempat nak lihat anak kita lahir nanti”

Mendengar pengakuan aman, shima terkejut lantas menjawab

“kenapa abang cakap macam tu? Tak baiklah. Jangan bermain dengan benda yang belum pasti. Apa masalah abang?”

Aman berkata “tak ada apa-apalah.maafkan abang di atas keterlanjuran kata-kata abang tadi”

Aman terus meninggalkan shima dengan seribu tanda tanya.

“abang minta maaf sayang. Abang tak bermaksud nak lukakan hati sayang. Abang juga tak sanggup nak simpan segala derita yang abang tanggung selama ini. Sebenarnya abang menghidap penyakit barah otak tahap ketiga. Tiada peluang abang untuk hidup. Abang tak mahu sayang susah hati”.

“tetapi kenapa abang sanggup pendam segala kesakitan abang sendirian. Apa guna sayang selama ini. Kenapa abang tegar pendam sendirian. Sampai hati abang”.

“maafkan abang sayang. Abang tahu abang dah bersalah pada sayang. Abang mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segala makan minum abang. Maafkan jika ada apa-apa yang abang lakukan pada sayang”.

“abang, jangan tinggalkan sayang. Abang jangan tinggalkan sayang. Sayang merayu pada abang. Kalau abang tak sayangkan sayang tapi abang sayangkanlah anak kita yang akan lahir ni. Abang jangan tinggalkan sayang”

“sayang..mungkin jodoh kita didunia ini berakhir disini. Abang akan tunggu sayang di syurga. Abang harap sayang akan jaga anak kita sebaik yang mungkin. Sayang berilah kasih sayang sepenuh raga sayang pada anak kita. Jagalah wasiat terakhir abang”.

“abang..tolonglah jangan cakap macam tu”.

“ashaduallahilaahilallah……wa’ashaduanamuhamadarasullullah”

Aman mengucap kalimah syahadah sambil hembusan terakhir. Maka terlerailah ikatan diantara shima dan aman di dunia. Shima terkedu lalu pengsan. Tiada apa lagi yang penting bagi shima. Semuanya sudah berakhir. Cinta mereka telah terpisah dialam nyata.

Adam Mikhail bin Amanul hakim. Itula nama putera faridatul shima dan amanul hakim. Usia adam Mikhail mengijak dua tahun. Ini bermakna sudah dua tahun aman meninggalkan shima mengharungi hari-harinya. Adam Mikhail sangat comel. Rupanya saling tak tumpah mirip arwah papanya. Tingkah lakunya juga sama seperti arwah papanya. Lincah dan comel. Sayangnya, bayi kecil ini masih tidak mengerti erti kehilangan. Dan sayangnya, aman tak sempat untuk melihat bayi comel hasil perkongsian hidup mereka. Shima amat menyayangi adam Mikhail sepenuh raganya. Shima menjaga wasiat yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Dalam tempoh 2 tahun jugalah ramai yang melamar shima untuk menjadi pengganti adam Mikhail. Tapi shima menolak dengan baiknya. Shima masih menyanyangi aman dan ingin menjaga cinta mereka walaupun terpisah diantara alam nyata dan fantasi.

Sedang asyik shima melayan adam Mikhail, shima terdengar satu bisikan yang memanggilnya. “sayang, terima kasih sebab lahirkan zuriat untuk kita. Sayang jagalah anak kita ini seperti sayang menjaga abang dahulu. Sayang jangan persia-siakan wasiat abang. Abang akan tunggu sayang di syurga”.

Menitik air mata shima mendengar bisikan itu yang entah dari mana datangnya bisikan tersebut. Sambil itu shima berbisik “abang janganlah risau tentang shima. Shima akan tetap mencintai abang selama-lamaya.”

Ketika itu kedengaran lagu bunga yang di dendangkan oleh ezad exist. Baris-baris lagu itu membuatkan shima terfikir sejenak..

“tak usah ditanya mengapaku pilih bunga yang mewangi terliar berseri dan tak akan nampak dimata pun berwarni dari yang lain-lain. Segan untuk aku sapa walau ada maksud yang ku sembunyi. Pernahku mencuba terima seandainya sayang selalu calarkan sudut hatiku. Hingga lelah jiwaku dikecewa yang tak mungkin berpaling kembali. Namun ku yakinkan nanti tuhan pasti beri gantinya. Ku mohonkan kau yang indah padamu untuk ku tatap mengawal resahku. Kekal aku disitu harungi cinta. Dan aku pohon kau yang baik bersantun kata, kata tentang cinta. Bicarakan rindu padaku mengharung selamanya”.

“abang..sayang menyayangi abang sepenuh raga sayang. Tunggu sayang di pintu syurga”