Tuesday, February 10, 2009

idup ku...

dah lama rasanyer aku tak tulis blogkan?? erm mcm2 dah jadi seawal tahun 2009. sumenyer menyiksakan jiwa dan raga. nak diluahkan rasa tak sampai ati. nak di pendam rasa menyiksakan jer..erm dah nasib badan

skunk aku berada dalam delima..aku sayang dua2nyer skali tapi aku kena pikir masa depan aku gak..nak ku pilih LTAM, kang melepas MULTIMODAL. nak ku pilih MULTIMODALm kang kelam kabut LTAM. aku pun tak tahu nak pilih mana satu. aku sedar MULTIMODAL adalah landasan aku untuk berjaya tapi LTAM juga banyak beri aku peluang. aku tahu dua2 perlukan aku.

LTAM, walaupun aku dah antar surat resign, aku tahu korunk tak nak accept. aku terasa terharu bile DATUK sendiri datang dr putrajaya ke jalan duta semata2 nak pujuk aku jgn berhenti. siap janji ngn aku lagi tapi apekan daya. LTAM banyak mengajar aku erti kesabaran. mmg alu akui, bile bekerja kt LTAM, aku seperti tiada life sbb sabtu ngn ahad aku kerja tp kerja tula yg memberi side income aku. dah ler keje kat LTAM best. gi keje pun tak de time kena punch card. aku dtg keje pun ikut suka ati aku. memanjang je datang lambat.pastu tak de formal pakaian..aku gi keje kdg2 pakai tshirt ngn short pants jer..dah mcm anak datuk plk.mkn kat LTAM dah ler free. badan kau ni pun dah mule kembang sana sini..kang payah pulak nak kurus..tapi keje kat LTAM ni banyak sikit masa sebelum dan selepas tournament.aku ni dah naik juling duk kira sana sini. budget..budget..budget..dah jd mata duitan plk.uiskh....betul kata daus, kalo aku resign confirm ramai yg tak bg. tapi nak wat mcmne aku kena gak terima. payahnye nak bg diorg accept surat resign aku..plzla accept..letih ler nak remind lg.

MULTIMODAL, aduh ikutkan ati aku mls nak keje kat tempat baru. tapi nak wat mcmne, abg aku dah bg last warning. kalo aku tak terima MULTIMODAL, aku mungkin kene keje ngn die kat MMC AMEC. argh aku tak nak keje satu bumbung ngn abg. kang payah..nak kena jg attitude, tak bleh nak sesuka ati jer..erm keje kat MULTIMODAL ni kena ler ikut time. tak bleh nak dtg ikut suka ati jiwa raga. pastu kena pakai baju formal. aku ni dah ler malas nak gosok baju. baju plk tu baju KTM. confirm kalo aku keje kat situ pastu pakai baju tu org ingat aku minah jual tiket KTMB..argh..kalo sapa berani ckp mcm tu aku stalat ngn siku aku..

aper patut aku wat skunk. tambah2 lagi aku baru je dpt surat tawaran wat certificate safety and helat officer kat niosh. payah gak kan kalo idup ni di aturkan oleh keluarga..kecik smp besar asyik parent jer decide. aku tahu ler parent aku ada plan lain tp bg ler peluang aku nak enjoy. tak kan nak mengadap buku 24-7. iskh letih lok.. kalo mama, abah org lain agaknye umru2 mcm aku ni dah tak heran kan anak nak watper. tapi aku ni lain sikit. mama asyik nak uruskan itu ini. pergh nasib baik ler aku ni simpan rahsia.. sowyla mama, emyn sbnrnye tak antar pun borang futher study kat australia, borang TPM pun meen sengaja antar lambat. cuma satu je yg aku tak dpt nak kelentong. borang master. aduss..mama nak antar sendiri.

iskh nak jer aku bakar website uitm dihatiku atau surat khabar ari ahad. supaya mak aku tak baca sume iklan universiti. letih ler mcmni..kang aku ckp nak kawin kang terkejut beruk plk mama aku..abang aku confirm reject sapa bakal bf aku..awal2 dah warning aku..erm payah..payah..payah..

Saturday, February 7, 2009

Thursday, December 18, 2008

Endless Love

my love
there's only you in my life
the only thing that's right

my first love
you're every breath that i make
you're every step i make

i want to share
all my love with you
no one else will do
and your eyes

they tell me how much you care
you will always be
my endless love

two hearts
two hearts that beat as one
our lives have just begun
and forever
i'll hold you close in my arms
i can't resist your charms

and i
i'd be a fool
for you, i'm sure
you know i don't mind
'cause baby you
you mean the world to me
i know i've found in you
my endless love

and i
i'd play the fool
for you
you know i don't mind
you'd be the only one
'cause no-one can't deny
this love i have inside
and i'll give it all to you
my love
my endless love

Tuesday, December 16, 2008

lembu..oh..lembu..

hari raya qurban!!

kesian kat lembu ni..meen tgk mcm sedih je lembu ni bila nak di korbankan..mengeletar badan die.cuba tgk matanya..sayukan?? meen niat kat dalam hati " tunggu meen kat pintu syurga!! " lembu ni mcm memahami aper yang meen cakap..ada org ckp kalo kita kata lembu tu kesian dah jadi mcm haram utk latah dagingnya. tapi mmg meen tak mkn daging pun.Inila pengorbanan seekor lembu demi menunaikan kewajipan kepada ALLAH S.W.T.

Monday, December 8, 2008

carpen pertamaku..

Bicara rindu

Indah jika dunia ini hanya ada insan yang saling berkasih sayang dan saling hormat menghormati diantara satu sama. Lebih indah lagi jika hari-hari yang mendatang hanya disulami pelangi yang cantik dan berwarna warni. Tapi apakan daya, itu hanyalah anganan yang mampu ku pendam disanubariku.

Mungkin kejadian 5 tahun lepas menjadikan aku seorang insan yang tabah dan berjaya menempuh harian ku bersama insan istimewa yang amat aku sayangi.

Shima dan aman dipertemukan di sebuah majlis hari lahir seorang rakan mereka. Bermula dari pertemuan itulah yang melahirkan bibit-bibit percintaan diantara mereka. Tambahan pula, pertemuan mereka juga telah dirancang oleh rakan karib mereka sendiri. Menyedari mereka telah dipermainkan oleh rakan karib sendiri, mereka tidak memarahi sebaliknya berterima kasih kepada mereka. Dari situla bermulanya episode kisah cinta romeo dan Juliet.

Kebetulan, shima dan aman adalah pelajar universiti yang sama. Aman mengambil jurusan kejuruteraan awam manakala shima mengambil jurusan akauntansi dan ini memudahkan mereka untuk berjumpa dan mengulangi pelajaran bersama.

Shima dilahirkan dari keluarga yang agak berada. Papanya adalah seorang usahawan yang berjaya dan di segani oleh seluruh warga kenamaan. Manakala aman dilahirkan dari keluarga yang sangat miskin. Ayahnya adalah seorang petani manakala ibunya hanyalah seorang suri rumah. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Menyedari taraf hidup mereka yang berbeza, shima tidak pernah merunggut. Malah shimalah yang banyak membantu aman apabila aman kesempitan wang. Pernah suatu ketika aman bertanya kepada shima “ adakah awak menyesal berkawan dengan saya?. Saya anak orang miskin. Tak berharta dan tak sempurna macam keluarga awak”.

Shima kelihatan tidak senang dengan soalan itu lalu memuncungkan bibirnya. “awak janganlah merajuk, saya hanya mahu melihat reaksi awak. Comellah bila tengok muncung awak yang sedepa. Dah macam muncung buaya. Mari saya ikat muncung awak itu” kata aman kepada shima.

Shima ketawa sambil mencubit aman. Aman mengerang kesakitan. Dihati shima teringang “iskh mamat ni, aku merajuk dia boleh pulak buat lawak. Dah tahu aku ni sayangkan dia, boleh plak tanya yang bukan-bukan. Karang aku lari betul-betul baru padan muka”

Setiap hari mereka akan berjumpa dan akan mengulangkaji pelajaran bersama. Segala tomahan dan sindiran dari rakan-rakan yang tidak menyenangi keakraban mereka tidak dihiraukan. Mereka bahagia bersama. Kemana perginya shima, disitu adanya aman. Di mana larinya aman, disitu kelihatan shima. Mereka umpama merpati yang tak dapat nak di pisahkan.

Perkenalan mereka berakhir dengan sebuah ikatan. Pada mulanya papa shima tidak merestui hubungan mereka kerana menyangkakan aman tidak mampu untuk menyara shima suatu hari kelak. Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh papa shima untuk menghalang niat suci mereka. Akhirnya papa shima terpaksa akur dengan rayuan dan pujukan shima. Aman berjanji akan menjaga shima sebaik mungkin seperti dirinya. Aman berjanji tidak akan mempersiakan hidup shima.

Pada malam pertama mereka aman menanyakan soalan yang sama seperti 2 tahun lepas. “sayang, adakah sayang menyesal berkahwin dengan abang? Abang tak kaya macam keluarga tapi abang hanya kaya dengan ilmu sahaja. Abang harap sayang akan terima abang seadanya”.

Sekali lagi shima terasa bersalah dengan kata-kata aman. “abang, walau apa pun yang berlaku, sayang tetap menyayangi abang sepenuh hati. Walau badai melanda, kita tempuh bersama. Abang berjanjilah pada sayang, jangan tinggalkan sayang. Hargailah kehadiran sayang disisi abang”.

Aman tersenyum apabila mendengar pengakuan ikhlas shima. Mereka hidup bahagia. Aman tidak memanjakan shima dengan kemewahan walaupun aman sedar bahawa shima sememangnya dilahirkan dari keluarga yang berada. Berbekal kejayaan mereka semasa belajar dahulu, aman bekerja sebagai arkitek. Manakala shima bekerja sebagai akauntan di syarikat milik keluarganya.

Kehidupan mereka bahagia seperti pasangan lain. Mereka banyak meluangkan masa bersama. Berbekal gaji pertama aman yang bekerja sebagai arkitek, aman mampu memiliki kancil sebagai kenderaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

“sayang, abang mampu beli kancil untuk kita. Abang tak mampu nak beli kereta yang mahal-mahal. Abang tahu sayang tak biasa naik kancil tapi abang harap sayang sudi naik” kata aman.

“abang, andai kita kena naik pengangkutan awam sekali pun shima tak kisah. Sayang tahu abang tabah dan cuba bekerja keras untuk kebahagiaan sayang. Sayang hargai pengorbanan abang”. Kata shima sambil melirikan senyuman kepada aman.

Aman berasa amat bahagia memiliki isteri yang memahami. Aman tidak akan mempersiakan shima. Selagi aman berkemampuan, aman akan cuba untuk membahagiakan shima.

“maafkan saya, saya tak dapat nak bantu awak. Saya harap awak redha dengan apa yang telah tersurat. Banyakkan bersabar dan berdoa kepada yang maha kuasa agar diberikan kesempatan kepada awak”. Kata doktor kepada aman.

Hampir terjelepuk ke kerusi apabila aman mendengar pengakuan doktor kepadanya.

“ tak kan tak ada cara lain untuk menyembuhkan penyakit saya. Tolonglah doktor. Saya merayu kepada awak. Tolong carikan jalan lain untuk saya”. Kata aman

“maaf sekali lagi. Saya harap awak bersabar dan tabah menghadapinya. Perlukah saya memberitahu kepada keluarga awak?”. Kata doktor.

“jangan..jangan..jangan..jangan beritahu keluarga saya, saya tak mahu mereka berasa gusar. Biar saya tanggung sendiri. Saya tak mahu melihat kesedihan mereka”. Kata aman

Aman pulang ke rumah dengan perasaan yang gundah gulana. Rasa bersalah dan sedih masih bersarang di fikirannya. Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Bagaimanakah aku mahu menghadapi hari-hari yang mendatang?. Bagaimanakah persepsi shima apabila mendengar penjelasanku?. Bagaimanakah kehidupan shima bila ketiadaanku kelak. Semuanya menggangu benak ku. Puas aman memikirkan jawapannya.

Kesihatan ku semakin hari semakin teruk. Aku berasa mula mual dan sakit. Selera makan ku terganggu. Sering kali aku pengsan. Berat badanku mula susut. Kesakitan ku mula ketara dan menimbulkan tanda tanya pada shima.

“abang, kenapa sayang tengok abang sejak akhir-akhir ni macam ada masalah. Berat badan abang pun dah nampak susut. Muka abang pucat. Ada apa-apa yang abang sorokkan dari sayang?”

“tak dalah sayang. Abang sihat je. Mungkin sebab banyak keje kat pejabat. Tambahan lagi abang sekarang dah pikul tanggungjawab besar. Tak lama lagi kita akan ada zuriat yang kita impikan selama ini. Jadi abang kenalah bekerja keras dari sekarang untuk kesenangan sayang dan anak kita nanti”.

“abang, sayang tak perlukan semua itu. Yang penting sayang mahukan abang sihat.”

“sayang jangan risau. nanti bila dah makan ubat, abang ok la. Jangan risau sayang”

Shima masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh aman. Shima masih cuba untuk memujuk aman supaya beritahu masalah sebenar. Akan tetapi, shima hampa dengan jawapan yang diterima. Shima memujuk hatinya yang lara dengan berkata “mungkin sekarang musim orang sakit kot?”.

“abang, baby kita ni asyik tendang-tendang je. Mungkin suatu hari nanti dia nak jadi pemain bola sepak kot”

“ala sabarlah sayang, mungkin baby kita ni terlampau aktif. Tak sabar abang nak tengok wajah baby kiter ni. Mesti hensem macam abang kot?’.

“aik mana aci hensem macam papa dia. Mesti die comel macam mama dia”.

Mereka ketawa riang sambil bersenda gurau. Tiba-tiba aman berkata

“mungkin abang tak sempat nak lihat anak kita lahir nanti”

Mendengar pengakuan aman, shima terkejut lantas menjawab

“kenapa abang cakap macam tu? Tak baiklah. Jangan bermain dengan benda yang belum pasti. Apa masalah abang?”

Aman berkata “tak ada apa-apalah.maafkan abang di atas keterlanjuran kata-kata abang tadi”

Aman terus meninggalkan shima dengan seribu tanda tanya.

“abang minta maaf sayang. Abang tak bermaksud nak lukakan hati sayang. Abang juga tak sanggup nak simpan segala derita yang abang tanggung selama ini. Sebenarnya abang menghidap penyakit barah otak tahap ketiga. Tiada peluang abang untuk hidup. Abang tak mahu sayang susah hati”.

“tetapi kenapa abang sanggup pendam segala kesakitan abang sendirian. Apa guna sayang selama ini. Kenapa abang tegar pendam sendirian. Sampai hati abang”.

“maafkan abang sayang. Abang tahu abang dah bersalah pada sayang. Abang mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segala makan minum abang. Maafkan jika ada apa-apa yang abang lakukan pada sayang”.

“abang, jangan tinggalkan sayang. Abang jangan tinggalkan sayang. Sayang merayu pada abang. Kalau abang tak sayangkan sayang tapi abang sayangkanlah anak kita yang akan lahir ni. Abang jangan tinggalkan sayang”

“sayang..mungkin jodoh kita didunia ini berakhir disini. Abang akan tunggu sayang di syurga. Abang harap sayang akan jaga anak kita sebaik yang mungkin. Sayang berilah kasih sayang sepenuh raga sayang pada anak kita. Jagalah wasiat terakhir abang”.

“abang..tolonglah jangan cakap macam tu”.

“ashaduallahilaahilallah……wa’ashaduanamuhamadarasullullah”

Aman mengucap kalimah syahadah sambil hembusan terakhir. Maka terlerailah ikatan diantara shima dan aman di dunia. Shima terkedu lalu pengsan. Tiada apa lagi yang penting bagi shima. Semuanya sudah berakhir. Cinta mereka telah terpisah dialam nyata.

Adam Mikhail bin Amanul hakim. Itula nama putera faridatul shima dan amanul hakim. Usia adam Mikhail mengijak dua tahun. Ini bermakna sudah dua tahun aman meninggalkan shima mengharungi hari-harinya. Adam Mikhail sangat comel. Rupanya saling tak tumpah mirip arwah papanya. Tingkah lakunya juga sama seperti arwah papanya. Lincah dan comel. Sayangnya, bayi kecil ini masih tidak mengerti erti kehilangan. Dan sayangnya, aman tak sempat untuk melihat bayi comel hasil perkongsian hidup mereka. Shima amat menyayangi adam Mikhail sepenuh raganya. Shima menjaga wasiat yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Dalam tempoh 2 tahun jugalah ramai yang melamar shima untuk menjadi pengganti adam Mikhail. Tapi shima menolak dengan baiknya. Shima masih menyanyangi aman dan ingin menjaga cinta mereka walaupun terpisah diantara alam nyata dan fantasi.

Sedang asyik shima melayan adam Mikhail, shima terdengar satu bisikan yang memanggilnya. “sayang, terima kasih sebab lahirkan zuriat untuk kita. Sayang jagalah anak kita ini seperti sayang menjaga abang dahulu. Sayang jangan persia-siakan wasiat abang. Abang akan tunggu sayang di syurga”.

Menitik air mata shima mendengar bisikan itu yang entah dari mana datangnya bisikan tersebut. Sambil itu shima berbisik “abang janganlah risau tentang shima. Shima akan tetap mencintai abang selama-lamaya.”

Ketika itu kedengaran lagu bunga yang di dendangkan oleh ezad exist. Baris-baris lagu itu membuatkan shima terfikir sejenak..

“tak usah ditanya mengapaku pilih bunga yang mewangi terliar berseri dan tak akan nampak dimata pun berwarni dari yang lain-lain. Segan untuk aku sapa walau ada maksud yang ku sembunyi. Pernahku mencuba terima seandainya sayang selalu calarkan sudut hatiku. Hingga lelah jiwaku dikecewa yang tak mungkin berpaling kembali. Namun ku yakinkan nanti tuhan pasti beri gantinya. Ku mohonkan kau yang indah padamu untuk ku tatap mengawal resahku. Kekal aku disitu harungi cinta. Dan aku pohon kau yang baik bersantun kata, kata tentang cinta. Bicarakan rindu padaku mengharung selamanya”.

“abang..sayang menyayangi abang sepenuh raga sayang. Tunggu sayang di pintu syurga”

Wednesday, November 26, 2008

jawapan rindu ku pada kamu

"kamu selalu buat ku tersenyum sendiri
ku tahu apa sebaliknya dari senyum
itula yang ku mahu
jawapan dari kamu"

"ku tahu diriku istimewa"

suka ngn baris lirik lagu misha omar -jawapan- sbb lagu ni ader maksud tersendiri..


Sunday, September 21, 2008

hate

i know everything bout u...i know u try to be twisted..u play the game and think u r better than me..but u make a big mistake..u show how stupid u r....

dont ever try to kick the game coz u'll lost in this game..

check mate!!!!!!!